السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ (sejuk perot mak ngandong)

Muar, Johor, Malaysia
jangan cuak bila u’olz rasa nk dtg lepak kat Papa Gosip ni ok? ala, skali-skala nak gosip b'bakul2 apa la salah nyer kannnn? cam xbiasa je. puiiiii..!! Papa Gosip ni bkn nk gosip benda2 tak berfaedah gitu, kita kat sini gosip benda baik2 je. so, no worries la klau tetiba rasa dosa u’olz tu penuh satu tempayan bila dtg sini. xde makna nyer!! kita nk tegakkan kebenaran gitu. tp style/cara penulisan aku kat sini mmg gler2 ckit. dlm blog je. kat luar cam biasa je. Woi sana, woi sini..haha!! aku pn msh BARU dlm dunia beblog ni. so segala tunjuk ajar dari otai2 blogger sangat2 aku harapkan. baru beberape bulan aku create blog Papa Gosip ni. suka sgt menulis sbb bnyk jgk la pengalaman idup. so, just nk share ngan u’olz suma. sharing is caring gituuu. kelas ko maria!! ok la, enjoy ur reading here guys!! Silap salah or terkasar bahasa sepanjang u’olz baca entry kat sini aku susun 10 jari minta maaf ok? i’m cool..yeah!! bydeway, call me vin ok?

Friday, 7 October 2011

BAJET 2011


"Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"


Jumlah bajet - RM212 bilion (2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010)

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion


Berikut petikan penting ucapannya:
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh 
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif dibawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
 
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.   
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di  Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.   

  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam
  • Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  •  Kerajaan memperuntukkan RM 111 juta untuk Program Permata. Ianya bagi membiayai pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar,32 Pusat Anak Permata Negara(PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
  • Kadar tol di 4 Lebuhraya utama kendalian Plus Ekspressway Berhad tidak dinaikkan selama 5 tahun bermula serta-merta.


PS: puas hati u'olz tok bajet kali ni? (asyik2 cikgu je naik gaji smpi beribu2 plak tu) adios sabombas!!





Friday, 2 September 2011

Overdose Hari Raya

(wow ANUAR ZAIN!! kecik nyer ko time ni..hehe)

1)      Shopping raya
Slalu nyer org beli setakat sepasang je baju kurung/melayu/ baju jalan. plg bnyk pn dlm 2-3 baju je. tp ko plak macam dh 10 tahun xpenah nk beraya konon2 dok oversea gitu. skali beli hambik kawww 15-20 pasang baju trus!! tu xcukup lg tuuuuuu. siap ngan beg tangan pulak, kasut high heels & barang2 make-up branded u’olz. xmain la brand Elianto, SimplySiti, Miyami, Maybeline, Silkygirl tu. nak M.A.C atau Bobbi Brown je. curlasssss ko maria!!

2)      Duit raya
Klau ko tu muda b’getah cam aku ni xpela jgk nk paw duit raya u’olz, (opss perasan muda gitu). ni bulu ketiak dh panjang b’juntai  still t’hegeh2 nk duit raya lg. muka bantal sgt ko kannnnn? budak2 tgh beratur tgu turn nk amik duit raya ehhhhh ko pn sama masuk baris nk hambik duit raya jgk. still stdy lg xpela bole diterima akal lg, ni dah ler tua kerepot, dh keje, anak b’dozen2 tp nk jugakkkkkk duit raya.

3)      Makanan raya
Sape xnk mkn ketupat & rendang di pagi raya kan? klau u’olz suka lemang mkn la lemang dulu. tau ler dh abes puasa. kemain lg ko melantak macam bela saka 10 ekor. org mkn ketupat dlm 2-3 biji je, ko plak mkn smpi 5-10 biji ketupat skaligus. lom start g beraya ko dh membongkang kepenatan sbb overdose mkn. pastu bole plak sibuk terkentut2 non-stop. sgt S-E-L-E-K-E-H ok!!

4)      Ziarah raya
Bagus la klau u’olz gigih pergi ziarah saudara-mara & sesuku –sesakat di hari raya. tp yg xbole blah nyer bila awal2 pagi ko dh terjah umah org. tuan umah masih seronok wat taik mata lg ko dh ketok2 pintu nk masuk. tp tu kira ok lg, klau yg beraya xreti nk tgk waktu lg teruk.smpi lewat mlm org dh nk tarik selimut tok tido pn ehhhhh ko nak jgk serbu umah org. mcm ler xde ari esok nk beraya. bau badan dah cam kambing, ketiak dh masam, kelengkang pn masam tp xreti2 nk blk ke cik kiah oiiii?

5)      Main mercun raya
Tau ler bapak ko keje kastam/polis. bnyk sita bunga api & mercun. kemain lg ko dentam-dentum kat luar umah main mercun bagai nk rak. b’gegar umah jiran sebelah. setakat main pop-pop bole ler ni over sgt nk main mercun KLCC tu. main mercun bola size besar lg dahsyat. pecah gegendang telinga aku ni u’olz!! budak kecik tak main sgt tp yg over tu mamat & minah tua bangka yg gigih dok main mercun berjam-jam. selagi xabes mercun tu selagi tu nk main kannnn? mmg curlasssss ko maria!!

6)      Setiap malam raya
Senang je klau nk tau ko tu dh overdose raya. bila mlm ko tido mati mulot tercopong siap meleleh air liur basi sbb penat buat semua 5 perkara kat atas tu pada siang hari kannnn? opss, sentap ke?

PS: biasa la raya. mcm2 perangai kita jmp. tp xpe, bole dimaafkn sbb raya setahun skali je. well, aku as owner PAPA GOSIP nk wish Salam Lebaran & Salam Kemerdekaan tok seluruh rakyat Malaysia yg meraikannya. keep on supporting blog PPG ok? adios sabombas!!


Gosip lain klau u'olz nk baca!!



.