السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ (sejuk perot mak ngandong)

Muar, Johor, Malaysia
jangan cuak bila u’olz rasa nk dtg lepak kat Papa Gosip ni ok? ala, skali-skala nak gosip b'bakul2 apa la salah nyer kannnn? cam xbiasa je. puiiiii..!! Papa Gosip ni bkn nk gosip benda2 tak berfaedah gitu, kita kat sini gosip benda baik2 je. so, no worries la klau tetiba rasa dosa u’olz tu penuh satu tempayan bila dtg sini. xde makna nyer!! kita nk tegakkan kebenaran gitu. tp style/cara penulisan aku kat sini mmg gler2 ckit. dlm blog je. kat luar cam biasa je. Woi sana, woi sini..haha!! aku pn msh BARU dlm dunia beblog ni. so segala tunjuk ajar dari otai2 blogger sangat2 aku harapkan. baru beberape bulan aku create blog Papa Gosip ni. suka sgt menulis sbb bnyk jgk la pengalaman idup. so, just nk share ngan u’olz suma. sharing is caring gituuu. kelas ko maria!! ok la, enjoy ur reading here guys!! Silap salah or terkasar bahasa sepanjang u’olz baca entry kat sini aku susun 10 jari minta maaf ok? i’m cool..yeah!! bydeway, call me vin ok?

Thursday 22 December 2011

INFO - wang kertas & duit syiling Malaysia TERBARU

      
            Tak sabo aku nk pegang & guna duit Malaysia yg terlatest ni. setahu aku, duit kertas ni bakal di keluarkan pada Julai 2012 & duit syiling diawal tahun 2012. sama2 kita tgu eh? Secara keseluruhan nyer, wang kertas ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri Daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Jom usha gamba2 close-up semua duit2 yg baru giler babeng ni & serba sedikit info yg korang MAYBE xtau……kot?

Wang Kertas Malaysia - TERBARU

1) Wang kertas RM100 - KEAJAIBAN ALAM SEMULAJADI
1)   Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
2)   Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Negara Kinabalu di Sabah dan pembentukan mercu batu kapur yang menakjubkan di Lembah Gunung Api, yang terdapat di Taman Negara Mulu, Sarawak.


Wang kertas RM50 - PERTANIAN & TEKNOLOGI

1)   Gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan u’olz!!
2)   Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang kertas RM20 - HIDUPAN LAUT 
1)   Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia.
2)   Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea).
3)   Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang kertas RM10 - FLORA
1)   Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baru ni merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
2)   Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang kertas RM5 - HIDUPAN LIAR 
1)   Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia.
2)   Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang kertas RM1 - SUKAN TRADISIONAL 
1)   Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru.
2)   Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
3)   Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Duit Syiling Malaysia TERBARU
tapi..
(kebetulan, sengaja atau mulot org suka buat2 cerita?)


PS: biasa ler, org Melayu ni kekadang OVER ckit. nmpk plastik tersangkut atas pokok pn bole kata pontianak tgh bertenggek kannnn? mmg kena hati2 propaganda YAHUDI, tp xyah taksub smpi suma hal nk dikaitkan dengan ISRAEL atau FREEMASON je!! ok la u'olz, adios sabombas!!

6 Komen Letop!!:

Papa PUSS said...

Salam

Terbaek lah..
Info ini mmg best..
sbb baca dlm paper td xde lak
cerita sgt hal ni.. Thanks

Alvin Shah said...

Papa PUSS: wasalam bro..

ala info2 tu maybe rmi yg dh tau..
cuma aku sumbat je mana2 yg patot..
xnk la bg pix je tp xde penerangan..
thanx eh sbb sudi lepak sini..
nk munchkinnnnn..haha!!

vendoline said...

ehehe tengok gak kat berita smlm..tp tak jelas...cun la ko buat.hehehehe pinjam link.hehehehe
top syiling dia mmg aku suka

Alvin Shah said...

edy: laaaa amik jela..sharing is caring la bro..aku xksh nk amik part mana2 pn dlm blog aku ni..huhu!! syiling emas tu lawa kan? geram aku walaupun 2 posen je..haha!!

Unknown said...

wowww...info best!!!

Alvin Shah said...

A.F.A: TQ bro..info yg tau ckit2 aku share je kat sini..dtg r lepak sini lg..salam

Post a Comment

Gosip lain klau u'olz nk baca!!



.